Never say gudbye when you stil want to try...Never give up when you stil feel u can take it..Never say you dun’t love the person when you can’t let go...~
Hari ini sayup hati ku melihat wajah nya…
apakah benar ini adalah cinta yang ku bawa…
air mata berderai bak mutiara gugur ke bumi…
ku tanya pada hati apakah benar ini adalah cinta…
jika cinta mengapa perlu ada air mata…
mengapa adanya derita…
mengapa hati sering terluka…
bukan kah pujangga yang memuja cinta mengatakan cinta itu indah…
gembira… gelak dan tertawa bersama…
apakah semua kata-kata itu dusta semata-mata…
kerana apa yang telah aku alami kini tidak sama dengan ungkapan para pujangga…
Hati ini terlalu kerdil di dunia tuhan…
cinta yang ku bawa umpama hidupnya seekor rama-rama…
keluarnya dari kepongpong adalah perjalanan hidupnya yang pertama…
lahirnya sebagai yatim piatu… tiada ibu atau bapa yang menjaganya…
tiada juga yang mengajarnya untuk mengharungi sebuah kehidupan…
tiada juga yang melindunginya…
mahupun keperitan, penderitaan atau pun kegembiraan tidak pernah difikirkan nya lagi… hanya yang ada kecekalan dan ketabahan diri berteman di hati untuk meneruskan hidup… keinginan mengatasi diri membuatkan nya berani menghadapi rintangan…
sayap nya cantik serta berwarna warni memukau pandangan mata sesiapa sahaja yang memandangnya ibarat membentangkan segulung kain sutera…
melebarkan sayap untuk di pamer kepada dunia keberanian seekor rama-rama yang mampu terbang bebas tanpa bantuan…
tidak sesekali ia gentar atau goyah untuk beradu kekuatan bersama sang angin…
biarpun sekencang mana datangnya…
biarpun sederas mana pukulan nya…
sang rama-rama tetap gagah mengepakkan sayapnya bagi memenuhi keinginan satu kehidupan…
kehidupannya hanya mencari sekuntum bunga untuk di hinggapi…
setelah bunga itu di temui sang rama-rama hinggap tanpa rasa ragu…
tidak pernah di hiraukan kecelakaan yang mungkin berlaku atau akibat yang akan di terima nya di situ…
tidak pernah jua lelah membelai dan melindungi kelopak-kelopak bunga tersebut dari pemangsa-pemangsa yang mungkin akan datang untuk menghancurkannya…
pabila tiba saatnya debunga dari bunga tersebut di terbangkan setinggi yang mampu oleh sang rama-rama dan melepaskannya supaya debunga itu dapat tersebar ke serata alam… ibarat aku mengangkat sebuah cinta itu setinggi yang ku mampu dan menyebarkan berita kepada dunia sidia adalah milik ku…
Andai aku di beri pilihan…
Ku mahu cinta seperti bulan… kerana sang bulan sentiasa di temani sang bintang…
Ku mahu cinta seteguh pantai… kerana pantai tidak akan berubah di pukul ombak…
Ku mahu cinta selembut angin… kerna kehadirannya pasti menyenangkan…
Ku mahu cinta seperti burung… bertebangan dan berkicauan bersama-sama…
Tetapi apakan daya aku hanyalah insan biasa…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan